Penggunaan penjara sebagai tempat menahan atau menempatkan tahanan pada zaman purba dapat dikesan oleh pengkaji sejarah semasa kewujudan Tamadun Mesopotamia (3100 – 539 SM). Di bawah tamadun itu terdapat empat empayar besar iaitu Empayar Sumerian (3100 SM – 2000 SM), Empayar Akkadian (2334 SM – 2154 SM), Empayar Babylon (1895 SM – 539 SM) dan Empayar Assyrian (2500 SM – 509 SM). Beberapa bukti sejarah yang menunjukkan penjara telah wujud ribuan tahun lalu adalah seperti di bawah.
Ketika Ur Nammu menjadi Raja yang memerintah Empayar Sumerian (2112 – 2095 SM) beliau telah mewujudkan kanun undang-undang dikenali sebagai Kanun Undang-Undang Ur Nammu. Kanun itu merupakan kanun undang-undang tertua pernah ditemui. Antara beberapa bahagian daripada undang-undang yang ditemui dalam Kod Ur Nammu adalah seperti di bawah:
Pada zaman Tamadun Mesopotamia juga seorang raja dikenali sebagai Hammurabi menjadi Raja Babylon pada tahun 1810 SM – 1750 SM. Beliau telah mewujudkan satu kanun undang-undang dikenali sebagai Kanun Hammurabi. Antara perkara yang berkaitan dengan penjara dicatatkan seperti berikut:
Semasa Kerajaan Rom di bawah pemerintahan Raja Ancus Marcius (642 – 617 SM), beliau telah mengubahsuaikan tempat takungan air sebagai penjara kecil. Ia terdiri daripada dua buah sel iaitu sel pertama di lantai bawah satu dan sel kedua di lantai bawah dua. Tahanan yang dikurung di sel kedua akan turun menggunakan pintu kecil lantai bawah satu. Penjara kecil itu dikenali dengan nama Penjara Mamertine atau Tullianum. Persekitaran dalam penjara bawah tanah itu lembab, berbau busuk dan menyiksakan.
Peta kawasan Tamadun Mesopotamia
1. Kanun Ur Nammu
Ketika Ur Nammu menjadi Raja yang memerintah Empayar Sumerian (2112 – 2095 SM) beliau telah mewujudkan kanun undang-undang dikenali sebagai Kanun Undang-Undang Ur Nammu. Kanun itu merupakan kanun undang-undang tertua pernah ditemui. Antara beberapa bahagian daripada undang-undang yang ditemui dalam Kod Ur Nammu adalah seperti di bawah:
- Jika seorang lelaki melakukan pembunuhan, lelaki itu mesti dibunuh.
- Jika seorang lelaki melakukan penculikan, dia akan dipenjarakan dan membayar 15 syikal perak.
- Jika hamba berkahwin dengan hamba, dan hamba itu dibebaskan, dia tidak boleh meninggalkan rumahnya.
- Jika seorang lelaki melanggar hak orang lain dan merogol isteri seorang lelaki muda, mereka hendaklah membunuh lelaki itu.
- Jika seseorang lelaki menggunakan kekerasan, dan merogol seorang hamba perempuan lelaki lain, maka orang itu hendaklah membayar lima syikal perak.
- Jika seorang lelaki menceraikan isteri pertamanya, dia hendaklah membayar (isterinya) satu mina perak.
Dalam kanun itu turut menyebut perkara yang berkaitan dengan hukuman penjara iaitu jika seorang lelaki melakukan penculikan, dia akan dipenjarakan dan membayar 15 syikal perak. Ini bererti bahawa hukuman penjara telah pun wujud kira-kira 4100 tahun yang lalu di bawah Empayar Sumerian.
Kanun Ur-Nammu
2. Kanun Hammurabi
Pada zaman Tamadun Mesopotamia juga seorang raja dikenali sebagai Hammurabi menjadi Raja Babylon pada tahun 1810 SM – 1750 SM. Beliau telah mewujudkan satu kanun undang-undang dikenali sebagai Kanun Hammurabi. Antara perkara yang berkaitan dengan penjara dicatatkan seperti berikut:
- Jika seseorang didakwa dan dipenjarakan kerana hutang jagung atau wang; jika banduan itu mati biasa dalam penjara, kes tersebut dikira gugur.
- Jika banduan itu mati kerana dipukul atau diseksa maka penjaga banduan hendaklah membawa pedagang itu ke muka pengadilan. Jika dia dilahirkan sebagai seorang yang bebas, anak lelaki pedagang itu hendaklah dihukum mati; jika dia merupakan seorang hamba, dia hendaklah membayar satu pertiga daripada semina emas, dan semua hutang yang penjaga banduan berikan kepada banduan hendaklah terhapus.
Seseorang yang berhutang boleh dikenakan hukuman penjara oleh pemberi hutang dan bukannya oleh pemerintah tetapi banduan itu diberi hak perlindungan daripada kerajaan. Jika banduan mati dalam penjara disebabkan perbuatan khianat atau dibunuh maka pemberi hutang itu boleh dikenakan hukuman mati. Berdasarkan kanun tersebut menunjukkan sistem pemenjaraan telah wujud kira-kira 3800 tahun yang lampau di bawah Empayar Babylon.
Kanun Hammurabi
3. Penjara Mamertine
Semasa Kerajaan Rom di bawah pemerintahan Raja Ancus Marcius (642 – 617 SM), beliau telah mengubahsuaikan tempat takungan air sebagai penjara kecil. Ia terdiri daripada dua buah sel iaitu sel pertama di lantai bawah satu dan sel kedua di lantai bawah dua. Tahanan yang dikurung di sel kedua akan turun menggunakan pintu kecil lantai bawah satu. Penjara kecil itu dikenali dengan nama Penjara Mamertine atau Tullianum. Persekitaran dalam penjara bawah tanah itu lembab, berbau busuk dan menyiksakan.
Fungsi penjara lebih kepada penempatan tahanan dalam tempoh yang singkat iaitu sementara mereka menunggu hukuman dijatuhkan atau dilaksanakan. Penjara juga digunakan sebagai tempat menunggu dan melaksanakan hukuman mati. Hukuman penjara tidak menjadi pilihan pada zaman Kerajaan Rom disebabkan hukuman lain seperti hukuman mati, hukuman buangan dan buruh paksa lebih diberi perhatian.
Antara raja yang pernah dihukum di Tullianum atau Penjara Mamertine seperti Jugurtha, Raja Numidia yang kalah dalam Perang Jugurthine iaitu peperangan menentang Raja Rom pada 106 SM. Beliau meninggal di Tullianum beberapa hari selepas ditahan. Raja bagi penduduk Arverni bernama Vercingetorix yang kalah dalam Perang Alesia iaitu peperangan menentang Kerajaan Rom di bawah Raja Julis Caesar pada 52 SM dipenjarakan di Tullianum selama hampir enam tahun.Beliau kemungkinan mati dengan cara hukuman cekik pada tahun 46 SM. Selain raja, seorang konsul bernama Publius Cornelius Lentulus Sura dipenjarakan di Tullianum atas tuduhan melakukan konspirasi dengan Senator Catiline untuk membakar Roma dan membunuh Cicero yang merupakan seorang konsul. Lentalus Sura ditangkap bersama beberapa konspirator lain yang terlibat dan dipenjarakan di Tullianum. Beliau bersama beberapa pendukung konspirasi ditangkap dan kemudiannya dihukum mati di penjara itu pada 63 SM.
Pada masa ini Penjara Mamertine tidak lagi berfungsi sebagai penjara dan bilakah tarikh bermulanya tidak berfungsi masih belum dapat dikesan. Penjara Mamertine kini digunakan sebagai tempat pelancongan dan berada di bawah Gereja San Giuseppe dei Falegnami. Lokasinya di lereng timur laut Capitoline Hill, menghadap Curia dan Fora Imperialis Nerva, Vespasian dan Augustus, Roma, Italy.
Penjara Mamertine (Carce Tullianum)
Penjara Mamertine (Carcer Tullianum)
Penjara Mamertine (Carcer Tullianum)- Ilustrasi oleh Jean Cloude Golvin
Penjara Mamertine Terletak Di Bawah Gereja San Giuseppe dei Falegnami
Rujukan:
1. "Ancient History in depth: Mesopotamia". BBC History. Retrieved 21 July 2017.
2. Tatlow, Elisabeth Meier Women, Crime, and Punishment in Ancient Law and Society: The ancient Near EastContinuum International Publishing Group Ltd. (31 March 2005) ISBN 978-0-8264-1628-5 p. 75
3. Kramer, Samuel Noah (1988). In the World of Sumer: An Autobiography. Wayne State University Press. p. 44. ISBN 9780814321218.
5. Gurney and Kramer, "Two Fragments of Sumerian Laws," 16 Assyriological Studies, pp. 13–19
6. S. N. Kramer. (1954). "Ur-Nammu Law Code". Orientalia, 23 (1), 40.
7. Bonhomme, Brian, and Cathleen Boivin. "Code of Hammurabi." Milestone Documents in World History. Exploring the Primary Sources That Shaped the World: 2350 BCE – 1058 CE. Vol. 1. Dallas, TX: Schlager Group, 2010. 23–31.
8. Hammurabi, King; C. H. W. Johns (Translator) (2000). The Oldest Code of Laws in the World. City: Lawbook Exchange Ltd. ISBN 978-1-58477-061-9.
9. Mieroop, Marc (2004). King Hammurabi of Babylon: a Biography. Cambridge: Blackwell Publishers. ISBN 978-1-4051-2660-1.
10.Edward M. Peters, "Prison before the Prison: The Ancient and Medieval Worlds," in The Oxford History of the Prison: The Practice of Punishment in West Society (Oxford University Press, 1995), p. 14.
11.Ann Thomas Wilkins, "Sallust's Tullianum: Reality, Description, and Beyond," in Rome and Her Monuments: Essays on the City and Literature of Rome in Honor of Katherine A. Geffcken (Bolchazy-Carducci, 2000), p. 108.
12.Maurice Hassett, "Mamertine Prison," in The Catholic Encyclopedia (New York: Robert Appleton Company, 1910), vol. 9, New Advent edition online.







No comments:
Post a Comment