Penjara merupakan tempat menahan seseorang yang dijatuhi hukuman penjara oleh mahkamah atas kesalahan jenayah atau seseorang yang sedang menunggu untuk perbicaraan.
Sistem pesalah dikurung atau dipenjarakan di Malaysia dipercayai sudah wujud semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka (1400-1511) tetapi belum ada dokumen yang ditemui untuk dijadikan sebagai bahan rujukan bagi memberi gambaran sebenar tentang sistemnya pada ketika itu.
Sejarah penjara moden bermula dengan terbinanya Penjara Pulau Pinang pada tahun 1849 oleh pihak British yang menjajah Tanah Melayu pada ketika itu. Pada tahun 1879, Penjara Taiping dibina dan merupakan penjara yang kedua tertua di Tanah Melayu. Penjara Taiping dijadikan sebagai pusat yang menempatkan para banduan hukuman lama dari negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Kempat-empat negeri tersebut adalah di bawah pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Semasa pemerintahan Jepun (1941-1945), institusi penjara juga dijadikan sebagai tempat menahan tawanan perang. Dalam tempoh peperangan itu kesemua dokumen dan rekod berkaitan dengan pengurusan banduan telah musnah.

Penjara Pudu
Selepas tamat Perang Dunia Kedua, Ibu Pejabat Penjara Tanah Melayu ditubuhkan bertujuan mentadbir keseluruhan penjara di seluruh Tanah Melayu. Pada tahun 1952, Ordinan Penjara digubal dan diikuti dengan Peraturan Penjara pada tahun 1953. Tahun 1957, merupakan tahun kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu dan Pesuruh Jaya Penjara yang pertama telah dilantik untuk mengendalikan pentadbiran semua penjara di Persekutuan Tanah Melayu.
Apabila berlakunya pembentukan Malaysia pada tahun 1963, Jabatan Penjara Tanah Melayu digantikan dengan nama Jabatan Penjara Malaysia merangkumi pentadbiran penjara bagi Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Pada 2 November 1995, Akta Penjara 1995 dikuatkuasakan bagi menggantikan Ordinan Penjara 1952 dan pada 1 September 2000, Peraturan-Peraturan Penjara 2000 dikuatkuasakan bagi menggantikan Peraturan-Peraturan Penjara 1953.
Penjara merupakan satu tempat penahanan yang ditakuti oleh masyarakat kerana ia merupakan tempat mengurung orang-orang yang dijatuhi hukuman penjara oleh mahkamah. Ia dikelilingi oleh tembok dan pagar yang tinggi. Penghuni yang berada di situ dikenali sebagai banduan. Mereka tidak boleh keluar dari penjara selagi tarikh pembebasan belum sampai waktunya. Pergerakan mereka sangat terbatas dan mereka dikawal pada setiap masa. Sakit atau demam yang mereka alami tidak lagi dapat ditemani oleh keluarga tersayang untuk merawat dan memberi ubat. Komunikasi dengan keluarga terbatas. Setiap waktu mereka menghitung hari menunggu saat pembebasan walaupun mereka bukannya didera tetapi disebabkan oleh faktor kebebasan.
Akan tetapi kenapakah masih terdapat segelintir kecil banduan yang dibebaskan dari penjara masih melakukan jenayah sehingga akhirnya mereka kembali semula ke penjara. Perkara ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Pertama, akibat kelemahan dan sikap banduan itu sendiri yang masih tidak mahu insaf atau berubah. Kedua, keluarga enggan menerimanya kembali kerana malu dengan status anak mereka sebagai bekas banduan. Ketiga, pengaruh rakan-rakan. Pada mulanya ia berazam untuk berubah tetapi akhirnya terpaksa beralah kerana kuatnya pengaruh dan desakan rakan-rakan sekeliling. Keempat, setengah daripada majikan tidak mahu mengambil bekas banduan untuk bekerja dengan mereka. Kelima, masyarakat memandang negatif kepada bekas banduan. Keenam, desakan kos hidup yang tinggi dan tidak mahu berdikari.
Berdasarkan faktor di atas, akhirnya mereka melakukan kesalahan jenayah dan dihukum penjara. Kedatangan mereka pada kali kedua atau beberapa kali tetap diterima oleh pihak berkuasa penjara disebabkan mereka adalah tetamu yang tidak undang.
Walaupun ramai masyarakat melihat penjara sebagai satu tempat yang menakutkan dan kalau boleh mereka tidak inginkan penjara itu wujud atau berada di kawasan mereka namun mereka memerlukan penjara. Ini kerana penjara merupakan tempat yang mengasingkan penjenayah-penjenayah yang melakukan pelbagai kesalahan seperti mencuri, merompak, merogol, mengedar dan menyalahguna dadah, kongsi gelap, samseng jalanan, ragut dan sebagainya. Akibatnya masyarakat merasa kehidupan mereka lebih selamat dan dilindungi dengan adanya penjara.
Masyarakat meletakkan harapan yang tinggi kepada pihak berkuasa penjara supaya banduan yang berada di dalam penjara dijaga dengan selamat dan dapat diberi bimbingan dan pemulihan yang berkesan serta dapat berdikari apabila dibebaskan.
Pentadbiran penjara harus memainkan peranan yang lebih berkesan bagi memenuhi harapan masyarakat walaupun terpaksa menempuh pelbagai halangan dan masalah seperti kesesakan dan kekurangan kakitangan.
Pentadbiran penjara harus memainkan peranan yang lebih berkesan bagi memenuhi harapan masyarakat walaupun terpaksa menempuh pelbagai halangan dan masalah seperti kesesakan dan kekurangan kakitangan.
Kesimpulannya, penjara berperanan memberi perlindungan kepada masyarakat dengan menyediakan penahanan yang selamat dan melaksanakan program pemulihan yang berkesan ke atas pesalah atau banduan.